Posts tagged: SUBUR

Majlis Pelancaran SUBUR dan Perasmian Program Mini MAHA 09 peringkat Negeri Selangor di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan pada 06 November 2009

Dato' Seri Najib berucap semasa perasmian Program SUBUR dan Mini MAHA
Dato’ Seri Najib berucap semasa perasmian Program SUBUR dan Mini MAHA

Lebih 200,000 keluarga di seluruh negara bakal menikmati Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) yang diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata melalui SUBUR golongan miskin tegar dan miskin termasuk golongan orang asli , Bumiputera Sabah dan Sarawak serta badan – badan kebajikan perlu mendapatkan baucar-baucar untuk ditukarkan bagi mendapatkan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST 15). Datuk Seri Najib berucap ketika melancarkan SUBUR dan perasmian Program Mini MAHA di Sabak Bernam. Read more »

PROGRAM SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR)

 
TUJUAN
  • Melaksanakan sistem baucar bagi pembelian beras subsidi untuk golongan miskin bagi menggantikan semua program subsidi beras sedia ada.
  • Memastikan subsidi kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar dan menghentikan penyalahgunaan subsidi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
LATAR BELAKANG
Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) dengan penggunaan sistem baucar untuk menggantikan  Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras ST 15%, Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras tempatan untuk Sabah dan Sarawak dan Program Beras Subsidi Kerajaan (GSR) di Sabah dan Sarawak.

Program diwujudkan hasil daripada penambahbaikan program-program yang sedia ada di samping mengurangkan perbelanjaan kerajaan (implikasi kewangan)

Sasaran  (setiap baucar yang dikeluarkan adalah berdasarkan keluarga)

  • Golongan Miskin Tegar
  • Golongan Miskin
  • Golongan Mudah Miskin
  • Institusi Kebajikan

Read more »

Aktiviti Y.B. Menteri : Majlis Taklimat Mengenai Penggunaan Baucer Beras Di Bawah Program SUBUR Kepada Pengerusi dan Urusetia MPPP Pada 12 Oktober 2009 Di PWTC Kuala Lumpur

SUBUR 1

SUBUR 4

SUBUR 5

Program Subsidi Beras untuk Rakyat(SUBUR)

Majlis Taklimat Mengenai Penggunaan Baucar Beras Di bawah Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) Kepada Pengerusi dan Urusetia MPPP pada 12 Oktober 2009 (Isnin) di PWTC Kuala Lumpur 

Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR)

 Latar Belakang Program

Kajian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapati keperluan sebenar beras ST15% oleh golongan sasar hanyalah sekitar 6,000 tan metrik sebulan, sedangkan pada masa ini (sejak 1 April 2009) sebanyak 40,000 tan metrik sebulan disubsidi oleh Kerajaan. Oleh itu, pada hakikat sebenarnya, adalah tidak tepat jika banyak pihak terus-terusan mendakwa bahawa bekalan beras ST15% tidak cukup di pasaran seandainya semua pihak memahami matlamat sebenar beras ST15% ini disubsidi oleh Kerajaan.

Read more »

@2009 Hak Cipta Terpelihara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia