Program Subsidi Beras untuk Rakyat(SUBUR)
Majlis Taklimat Mengenai Penggunaan Baucar Beras Di bawah Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) Kepada Pengerusi dan Urusetia MPPP pada 12 Oktober 2009 (Isnin) di PWTC Kuala Lumpur
Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR)
Latar Belakang Program
Kajian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapati keperluan sebenar beras ST15% oleh golongan sasar hanyalah sekitar 6,000 tan metrik sebulan, sedangkan pada masa ini (sejak 1 April 2009) sebanyak 40,000 tan metrik sebulan disubsidi oleh Kerajaan. Oleh itu, pada hakikat sebenarnya, adalah tidak tepat jika banyak pihak terus-terusan mendakwa bahawa bekalan beras ST15% tidak cukup di pasaran seandainya semua pihak memahami matlamat sebenar beras ST15% ini disubsidi oleh Kerajaan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan supaya kaedah pelaksanaan program subsidi beras ST15% sedia ada tidak diteruskan selepas 30 November 2009 dan diganti dengan kaedah baru iaitu pemberian baucar kepada golongan sasar di bawah program yang dipanggil Program “Subsidi Beras Untuk Rakyat” atau ringkasnya SUBUR. Program ini akan dilaksanakan bermula 1 Disember 2009.
Faedah Yang Dijangkakan
Pelaksanaan Program SUBUR dan penggunaan baucar bagi pembelian beras dijangka dapat mencapai matlamat berikut:
(i) memastikan subsidi Kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar. Ini bermakna hak golongan miskin dikembalikan kepada mereka;
(ii) menghentikan penyelewengan bekalan beras subsidi ST15% dan sekali gus menutup ruang-ruang berlakunya ketirisan; dan
(iii)menjimatkan perbelanjaan Kerajaan dalam pemberian subsidi beras kepada rakyat. Peruntukan daripada penjimatan ini boleh disalurkan kepada golongan atau sektor lain.
Kos Program
Pelaksanaan Program SUBUR dan penggunaan baucar seperti yang dicadangkan akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan dalam bentuk subsidi sebanyak RM8,250,854 sebulan.
Tempoh dan Jadual Pelaksanaan
Penggunaan baucar di bawah Program SUBUR akan mula dilaksanakan mulai 1 Disember 2009. Tempoh dua bulan ini akan digunakan untuk menyusun aktiviti berkaitan bagi memantapkan pelaksanaan dalam usaha mengurangkan sebarang masalah apabila Program SUBUR dimulakan.
| Bil | Tarikh | Aktiviti |
| 1 | 5 Oktober 2009 | Mesyuarat Bersama Agensi |
| 2 | 12 Oktober 2009 | Taklimat kepada Pengerusi dan Urus setia Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) |
| 3 | 18 – 31 Oktober 2009 | Majlis Penyerahan Baucar Kepada Golongan Sasar |
| 4 | 1 – 30 November 2009 | Menerima Pertanyaan atau Aduan Berkenaan Program SUBUR (jika ada) |
| 5 | 1 Disember 2009 | Pelaksanaan Program SUBUR |
Senarai Golongan Sasar
Golongan sasar yang layak menerima baucar di bawah Program SUBUR adalah seperti berikut:
(i) daripada senarai eKasih
- Miskin tegar (43,509 keluarga)
- Miskin (56,551 keluarga)
- Mudah Miskin iaitu golongan pendapatan rendah (86,364 keluarga)
(ii) Orang Asli
- Miskin tegar (8,808 keluarga)
- Miskin (4,834 keluarga)
(iii) Institusi Kebajikan (57 buah dengan penghuni seramai 7,545 orang)
Baucar akan diagihkan setiap 6 bulan kepada golongan sasar yang dikenal pasti mengikut kawasan Parlimen dan disampaikan ahli Parlimen Barisan Nasional atau Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP). Penerima boleh menggunakan baucar tersebut bagi membeli beras di mana-mana premis peruncit sedia ada yang menjual beras gred berkenaan. Pemborong pula boleh mengemukakan baucar tersebut kepada Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Negeri-Negeri atau Ibu Pejabat untuk menuntut bayaran.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Putrajaya
8 Oktober 2009
59 Comments
Other Links to this Post
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
By Norassila Binti Fadil., November 5, 2009 @ 1:06 am
semoga pihak kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani memberikan ‘Kupon Beras’ kepada mereka yang benar-benar layak dan semoga pihak yang menjalankan tugas pengagihan kupon beras dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil dan saksama bagi meneruskan sokongan rakyat kepada pihak kerajaan.
By Mohd Noor, November 7, 2009 @ 5:11 am
Kami di Kementerian sentiasa berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil dan saksama. Selain itu, kami juga bersedia untuk menerima teguran daripada mana-mana pihak untuk kebaikan bersama.
Semoga program ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar.
By zakiah ahmad @ aris, November 9, 2009 @ 6:47 am
salam…. saya dari rumah peranginan persekutuan cameron highlands pahang…saya ingin tahu bagaimana hendak memohon subsidi beras..cara memohon.. terima kasih..
By Awang, November 9, 2009 @ 11:53 am
Bermakna kami yang hidup di-bandar dgn pendapatan Rm1200 sebulan ..kena lah beli beras dgn harga paling rendah yalah Rm24.00 untuk 10 kilo.Saya baru saja survey di supermarket dan kedai runcit..mereka sekarang kehabisan stock beras nasional..sumber-sumber dari kedai kata mungkin harga beras nasional akan naik.
Jadi ada kah kami yang tinggal di bandar layak untuk mendapat beras subsidi..padahal pendapatan kami se sisi rumah hanya Rm 1700/
sekira tidak layak bermakna kami anggap beras naik harga..bukan kah bermakna kami kena belanja lebih untuk beras.
Sekian..harap maklum.
By Mohd Noor, November 10, 2009 @ 1:35 am
Untuk makluman Puan Zakiah, Permohonan boleh dikemukakan di pejabat agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berhampiran seperti berikut:
- Kawalselia Padi dan Beras Negeri dan Ibu Pejabat
- Jabatan Pertanian
- Jabatan Perikanan Malaysia
- Jabatan Veterinar Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
- Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
- Bank Pertanian Malaysia (Agrobank)
- Permohonan juga boleh dibuat secara terus melalui:
- Pejabat Pembangunan Negeri.
- Pejabat Daerah.
- Pejabat Pembangunan Persekutuan Zon.
Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan kepada mana-mana pejabat Jabatan/Agensi di atas untuk tindakan Urus setia MPPP.
Borang permohonan ini juga boleh diperolehi melalui:
- Laman Web Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani : http://www.moa.gov.my
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)
By Razali Mahamud, November 12, 2009 @ 12:56 pm
Salam semua…
Alhamdulillah, dengan keperihatinan kerajaan sekarang, dapat mengurangkan kemiskinan tegar serta dapat membantu semua peringkat rakyat, tak kira bangsa, agama ataupun kaum. Inilah kerajaan yang kita sokong, maka saya menyeru kepada semua rakyat 1 Malaysia…bersatulah untuk membentuk Malaysia negara 1 Malaysia…1 Dunia…
By Razali Mahamud, November 12, 2009 @ 1:13 pm
Salam…
Kerajaan telah menghabiskan berpuloh juta malah mungkin beratus juta wang untuk memulihkan kemiskinan rakyat. Itulah tanda keperihatinan kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan menaik taraf kehidupan rakyat semua kaum…Tetapi saya amat khuatir tentang pembahagian kopon diperingkat JKKK, kerana kita bimbang mungkin ada setengah kalangan JKKK yang berkroni dan berpolitik dalam pengagihan kopon tersebut….Wassalam…Uncle Lie SU JKKK Daerah Kemaman…
By Mohd Noor, November 13, 2009 @ 3:43 am
Terima kasih diatas kata-kata dan penghargaan yang diberikan. Pihak Kementerian sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa mahupun agama. Kami di sini juga berharap agar program ini akan dapat dijalankan dengan lancar. Semoga program ini mencapai objektif dan memenuhi aspirasi kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
By Mohd Noor, November 13, 2009 @ 3:49 am
Terima kasih dengan komen yang diberikan.
Pihak Kementerian sentiasa mengalu – alukan sebarang pertanyaan dan aduan yang berkaitan bagi membolehkan program SUBUR ini dapat mencapai objektif pelaksanaannya.
Sebarang aduan atau pertanyaan bolehlah menghubungi pegawai berkenaan seperti yang tertera di atas.
Sekian terima kasih.
By tantin, November 14, 2009 @ 2:11 am
Saya seorang pekedai runcit. Adakah saya akan terlibat dengan penerimaan kupon sekiranya saya menjual beras?
By Nizam, November 16, 2009 @ 3:51 am
bagaimana saya hendak dapatkan borang SUBUR dan Menghantarnya. saya mahu beri kepada masyarakat kampong. tq
By Mohd Noor, November 16, 2009 @ 4:20 am
Borang permohonan ini juga boleh diperolehi melalui:
- Laman web Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani : http://www.moa.gov.my
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)
Selain itu, En Nizam juga boleh mendapatkan borang SUBUR ini di bahagian pautan di Blog MOA ini.
Borang yang telah siap diisi boleh dihantar di mana-mana Jabatan / Agensi seperti yang telah dinyatakan di atas.
Sekian , terima kasih
p/s Borang boleh diperolehi secara percuma
By Mohd Noor, November 16, 2009 @ 4:23 am
Untuk pengetahuan encik, permohonan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Encik layak memohon jika pendapatan di bawah RM1,500 (di bandar) dan RM1,000 (di luar bandar).
Sekian, terima kasih
By mohandas, November 16, 2009 @ 5:52 am
cadangan yang baik saya sokong
By semail, November 17, 2009 @ 2:09 am
Apakah ketelusan sebenar untuk mencapai sasaran penerima, sedangkan jika dilihat borang kupon terlalu ringkas.
Apakah pihak ajensi dapat membuat keputusan untuk kelulusan dapat mencapai matlamat kesasaran?
By lan, November 17, 2009 @ 2:56 am
Saya kerja dengan kerajaan.
jelaskan definisi pendapatan RM1,000 sebulan sama ada jumlah pendapatan (gaji + elaun) atau gaji bersih setiap bulan setelah ditolak potongan-potongan lain.
By berry, November 17, 2009 @ 3:05 am
bagaimana sekiranya penoreh getah hendak memohon sekiranya tdk ada slip gaji?apakah dokumen yg diperlukan untuk melengkapkan nborang tersebut?bilangan isi rumah yg ditanggung adakah termasuk anak yang belum berkahwin tetapi sudah bekerja?
By yong, November 17, 2009 @ 8:32 am
saya adalah pekerja diagensi di bawah kementerian pertanian dan industri asas tani. terlibat dengan pemberian borang SUBUR.mengapa kami tidak di beri penerangan terlebih dahulu mengenai Program ini.terkial-kial mencari maklumat sendiri di internat.sepatutnya agensi yang terlibat perlu di beri penerangan terlebih dahulu supaya kami dapat pula memberi penerangn kepada pelanggan yang datang ke pejabat.
By Mohd Noor, November 18, 2009 @ 12:55 am
Borang permohonan baucar subsidi beras direka sedemikian ringkas bagi membolehkan dan memudahkan pemohon memberi maklumat asas sdiri seperti nama, alamat, bilangan tangunggan dan pendapatan. Borang permohonan yang telah dilengkapkan akan disahkan oleh Urusetia dan mesyuarat MPPP di mana pemohon tinggal yang akan mengemukakan kepada Urusetia SUBUR di MOA.
Borang2 permohonan baucar ini seterusnya akan diperakukan oleh Urusetia SUBUR MOA sebelum dikemukakan kepada ICU JPM untuk disiasat dan dikelaskan pemohon sebagai miskin. Nama pemohon yang dikelaskan sebagai miskin akan dimasukkan oleh ICU JPM ke dalam sistem maklumat eKasih. Dari sistem ini ICU JPM akan menjana nama-nama tersebut untuk MOA menyediakan baucar beras subsidi sama saperti ICU sediakan sebelum ini bagi kumpulan pertama yang telah pun sekarang ini MOA sediakan baucar. Kumpulan pertama ini dijangka akan menerima baucar beras subsidi sebelum tarikh 1 Disember 2009.
Bagi pemohon yang telah mengisi borang seperti terdapat di laman web MOA (www.moa.gov.my) permohonan mereka akan diproses sebaik diterima seperti dinyatakan di atas. Permohonan boleh dibuat bila-bila masa dan berterusan dengan panduan mengisi Borang Permohonan seperti disiarkan dalam laman web MOA. Dengan adanya program SUBUR kami yakin rakyat yang layak dibantu melalui baucar beras subsidi akan mendapat bantuan secara TERUS. Rakyat kumpulan inilah menjadi Kumpulan Sasar kami dalam Program SUBUR.
Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan Program SUBUR silalah hubungi En Zainuddin di zainuddin@moa.gov.my atau tel 03-88701811 bila-bila masa waktu pejabat.
By nurul, November 19, 2009 @ 2:56 am
Salam. Tahniah pada MOA & yang terlibat. Saya Seorang Ibu tunggal, mempunyai 2 orang anak & bekerja sendiri. Adakah saya layak untuk memohon?
Terima Kasih
By Alang Garuda, November 19, 2009 @ 4:45 am
saya seorang kakitangan kerajaan negeri.(jawatan PRA R01)gaji bersih setelah tolak potongan rm1100.00..layak kah saya memohon program ini?..untuk pengetahuan hanya sya yang bekerja menanggung 6 orang keluarga saya.saya telah mendapatkan borang permohonan dengan harga rm1.00 di Agro Bank cawangan Tawau.sedangkan yang saya tahu ia adalah percuma.
By Mohd Noor, November 19, 2009 @ 7:38 am
Maklumat mengenai Program SUBUR dan borang permohonan baucar SUBUR kini terdapat di dalam laman web MOA http://www.moa.gov.my. Anda boleh menggunakan dan menyampaikan maklumat yang terdapat di dalam laman web ini kepada pelanggan yang ingin tahu apa itu Program SUBUR. Orang ramai termasuk warga Jabatan/Agensi boleh menghubungi MOA melalui e-mai yang dipaparkan buila-bila masa atau melalui talipon di waktu pejabat jika ada sebarang pertanyaan.
By Mohd Noor, November 19, 2009 @ 7:39 am
Tidak ada dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan borang permohonan. Cuma yang ada adalah garis panduan mengisi borang. Hanya mereka yang mempunyai lingkungan pendapatan seperti dalam garis panduan mengisi borang perlu memohon. Borang yang telah dilengkapkan akan disiasat oleh pihak ICU JPM sebaik sahaja diterima daripada Urusetia SUBUR di MOA di mana pengesahan pendapatan – kasar dan bersih – akan diteliti dan disemak semula sebelum pemohon layak menerima baucar SUBUR. Jika anak yang belum berkahwin tetapi sudah bekerja dan ia dalam masih dalam tanggungan Ketua Isi Rumah (KIR)maka ia boleh dianggap sebagai tanggungan KIR. Walau bagaimana pun perkara ini akan diteliti oleh pihak ICU JPM kemudian di peringkat siasatan.
By Mohd Noor, November 19, 2009 @ 7:40 am
Mengenai pengertian pendapatan bermakna sejumlah gaji dan elaun-elaun bulanan yang diterima. Jumlah ini adalah merupakan pendapatan kasar. Apabila jumlah perbelanjaan ditolak dari pendapatan kasar ini maka bakinya dikatakan sebagai pendapatan bersih. Maklumat pendapatan seperti dinyatakan dalam garis panduan mengisi borang permohonan adalah mustahak bagi menentukan kelayakan seseorang untuk memohon mahu pun disahkan sebagai miskin selepas siasatan oleh pihak ICU JPM kemudian.
By Mohd Noor, November 19, 2009 @ 7:45 am
Mengenai pengertian pendapatan bermakna sejumlah gaji dan elaun-elaun bulanan yang diterima. Jumlah ini adalah merupakan pendapatan kasar. Apabila jumlah perbelanjaan ditolak dari pendapatan kasar ini maka bakinya dikatakan sebagai pendapatan bersih. Maklumat pendapatan seperti dinyatakan dalam garis panduan mengisi borang permohonan adalah mustahak bagi menentukan kelayakan seseorang untuk memohon mahu pun disahkan sebagai miskin selepas siasatan oleh pihak ICU JPM kemudian.
Kami di Kementerian telah menetap agar borang diedarkan secara percuma atau boleh di muat turun sendiri di Laman Web Kementerian. Sebarang aduan mengenai salah laku pengedaran borang boleh di ajukan seperti yang telah dinyatakan di atas.
Sekian terima kasih
By Mohd Noor, November 19, 2009 @ 7:46 am
Semua warganegara Malaysia yang layak boleh memohon. Puan boleh merujuk syarat-syarat permohonan seperti yang telah dinyatakan diatas.
Sekian, terima kasih
By Maz, November 21, 2009 @ 3:13 am
saya perlukan penjelasan lebih mendalam mengenai pendapatan bersih. Adakah seperti contoh ini. Gaji bulanan RM1200 tolak bil letrik & air RM100, minyak kereta RM 200, yuran anak sekolah RM100. Bakinya adalah RM800.
By Acai, November 21, 2009 @ 4:38 am
Pada pendapat saya program subur ini patut diberikan kepada semua rakyat malaysia tidak kira miskin mahupun yang kaya, kerana setiap orang atau keluarga mempunyai kadar pembelanjaan yang tersendiri.
contohnya: ahmad di (KUALA LUMPUR). gaji RM3000
belanja sebulan RM 2000
%(2000/3000)x 100=66%
ini bermakna ahmad menggunakan 66% daripada keseluruhan perbelanjaan.
contoh 2. Ali(PEDALAMAN KUNDASANG) gaji RM1500
belanja RM300
(300/1500)x100
=20%
ini menunjukkan ali hanya meggunakan 20% daripada keseluruhan gajinya berbanding ahmad yang menggunakan 66% dari gajinya.
Kesimpulannya kemudahan program subur yang terhad kepada rakyat bergaji RM1500 tidak berapa praktikal dan boleh dipertikaikan oleh beberapa pihak. Subsidi ini patut ini berika kepada seluruh rakyat.(Pada pendapat saya shj)
By anne, November 23, 2009 @ 7:36 am
Salam.Berkenaan program ini saya telahpun mendownload borang ttp saya ingin tahu kemusykilan berikut iaitu.adakah warga pencen ( menerima RM 750.00 sebulan) yang mempunyai anak- anak yang telahpun bekerja boleh memohon kerana terdapat ruangan butir ahli keluarga di ruangan no 3 sedangkan anak- anak telahpun berkeluarga dan tidak menanggung ibu- bapa lagi
By Mohd Noor, November 30, 2009 @ 1:10 am
Terima kasih kerana bertanyakan kelayakan pendapatan dan bilangan tanggungan keluarga bagi memohon baucar SUBUR. Pemohon dingatkan sekali lagi supaya menyemak Garis Panduan Mengisi Borang SUBUR terutama mengenai pendapatan dan bilangan tanggungan dalam keluarga. Bagi ahli keluarga yang telah bekerja dan tidak menjadi tanggungan Ketua Isi Rmah (KIR) maka namanya tidak layak disenaraikan sebagai ahli tanggungan. Dengan wang pencen RM750.00 dan bilangan tanggungannya permohonannya akan disemak oleh ICU JPM bagi mengesahkan maklumat samada pemohon layak atau tidak mendapat baucar SUBUR nanti.
By Mohd Noor, November 30, 2009 @ 1:13 am
Betul kiraan anda menmgenai pendapatan bersih.
By Mohd Noor, November 30, 2009 @ 1:14 am
Anda mempunyai pandangan bagus. Bagi Program SUBUR, MOA telah menetapkan pendapatan keluarga seperti yang disiarkan dalam laman web MOA http://www.moa.gov.my. Maklumat pendapatan ini adalah salah satu syarat bagi menentukan kelayakan permohonan.
By Ibrahim bin Mohamed, December 1, 2009 @ 10:24 am
Permohonan Sabsidi Beras ( Subur ):
Saya pesara menerima pencen dibawah RM 700/=
ingin memohon sabsidi tersebut, harap mendapat pertimbangan, terima kasih.
By nur, December 1, 2009 @ 11:36 pm
salam..ayah seorang OKU yang tidak bekerja,hanya menerima bantuan AM dari jabatan kebajikan sandakan.ayah saya telah berjumpa dengan JKKK bagi mendapatkan borang permohonan SUBUR..tetapi malangnya ayah saya tidak diberikan borang atas isu pengundi luar kawasan sedangkan sebelum ini ayah saya telah mengundi di kawasan beliau.sepengetahuan saya borang di edarkan secara percuma.mengapa pula boleh berlaku ketidaktelusan dalam pengedaran borang permohonan subur di kampung saya?..untuk pengetahuan pihak tuan,isu ketidaktelusan telah banyak kali berlaku..ini menyebabkan saya terpanggil untuk bersuara.,kerana saya merasakan kami telah teraniaya.kami berharap pihak-pihak berkenaan dapat mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan ketelusan pemberian baucer ini kepada pihak yang benar-benar layak menerima.
By Mohd Noor, December 2, 2009 @ 2:44 am
En Ibrahim bin Mohamad : Encik boleh membuat permohonan seperti yang telah diterangkan di atas. Sekian, terima kasih
By Mohd Noor, December 2, 2009 @ 3:15 am
Cik Nur (nurkasih102@yahoo.ca) : Saya menyarankan agar Cik Nur untuk menghubungi urusetia / pegawai yang menguruskan Program SUBUR ini atau terus menghubungi Bilik Gerakan SUBUR untuk membuat aduan seperti yang telah diterangkan di atas.
Sekian, Terima Kasih
By bahari, December 3, 2009 @ 5:55 pm
salam..macamana saya boleh membuat permohonan melalui e-kasih
By nur, December 3, 2009 @ 11:59 pm
salam…terima kasih atas jawapan kepada persoalan terdahulu.saya ingin mendapatkan nombor telefon Bilik Gerakan SUBUR bagi kawasan sandakan(kg.padas) atau nombor telefon urusetia / pegawai yang berkenaan..
By Cody, December 4, 2009 @ 3:58 pm
Sudah pasti ada sahaja cara yang digunakan untuk menyelewengkan subsidi kerajaan. Mungkin penerima kupon akan menjualkan kepada orang lain, kupon palsu, pengedaran hanya kepada kroni dan lain-lain yang mungkin kita tak terfikirkan. Harap kerajaan sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan ni.
By nas, December 5, 2009 @ 6:40 am
saya dah isi dan hantar borang subur. Bagaimana hendak mengetahui status permohonan saya itu dan bilakah vaucher itu diperolehi.
By mohd zaki, December 6, 2009 @ 3:56 am
sy penjawat awam yg mempunyai gaji rm 1300,perbelanjaan isi rumah sebulan sebnyak rm8OO,mempunyai 2 tanggungan,sy ingin thu,adakah sy layak menerima subsidi ini?
By Mohd Noor, December 7, 2009 @ 11:53 pm
En Mohd Zaki : Permohonan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Encik layak memohon jika pendapatan di bawah RM1500 (di bandar) dan RM1,000 ( di luar bandar)
By Mohd Noor, December 7, 2009 @ 11:57 pm
En Bahari : Encik boleh melayari laman web e-kasih di https://www.ekasih.gov.my/. Sekian, terima kasih
By Mohd Noor, December 9, 2009 @ 1:52 am
nur (nurkasih102@yahoo.com) : Urusetia MPPP (Majlis Pembangunan Pertanian Parliman)bagi Kawasan Parlimen Sandakan ialah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Alamat pejabat Urusetia MPPP Sandakan ialah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Tingkat 1, Bangunan Urusetia Negeri, Blok 7, WDT 46, 90009 Sandakan SABAH. Pegawai yang boleh dihubungi ialah En Awang Kelana b Arshad. Talipon:089-672896; H/P: 013-8927696; dan Faks: 089-673897. Untuk makluman nur Kg Padas Sandakan tidak ada Bilik Gerakan SUBUR. Sila hubungi Urusetia MPPP Sandakan sekiranya anda mempunya sebrang pertanyaan mengenai Program SUBUR.
By Mohd Noor, December 9, 2009 @ 1:53 am
bahari (bahari73absam@yahoo.com) : Pada masa ini anda tidak boleh membuat permohonan mendapatkan baucar SUBUR melalui e-kasih. Jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan anda boleh memohon baucar SUBUR dengan mendapatkan borang permohonan yang boleh diperolehi daripada laman web Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) http://www.moa.gov.my. Sila teliti dan semak garis panduan mengisi borang. Jika anda layak borang yang telah dilengkapkan bolehlah dikemukakan kepada Urusetia MPPP (Majlis Pambangunan Pertanian Parlimen) di mana anda tinggal. Jika Urusetia MPPP ini jauh anda boleh mengemukakan borang tersebut di mana-mana Jabatan/Agensi di bawah MOA seperti FAMA, LPP, PPK dan Agro Bank. Jabatan/Agensi ini akan membantu anda dengan mengemukakan borang tersebut kepada Urusetia MPPP berkenaan. Borang permohonan ini akan disemak oleh Urusetia MPPP dan diperakukan kepada mesyuarat MPPP sebelum dikemukakan kepada Urusetia SUBUR MOA. Urusetia SUBUR MOA pula akan mengemukakan borang ini kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk disemak /disiasat kemudian. Semakan/siasatan ini mungkin mengambil masa memandangkan jumlah yang besar permohonan yang diterima Urusetia MPPP seluruh negara.Ini bermakna anda akan ditemuduga dengan lebih lanjut oleh pihak ICU JPM bagi mengesahkan kedudukan anda sebagai miskin tegar, miskin atau mudah miskin. Apabila anda sudah disahkan dalam mana-mana kumpulan miskin ini maka nama anda akan diserahkan kepada Urusetia SUBUR MOA untuk urusan mencetak baucar SUBUR. Baucar ini akan diserahkan kepada Urusetia MPPP anda untuk urusan serahan kepada anda. Jika anda ingin tahu siapa Urusetia MPPP di tempat tinggal anda sila berikan kami nama daerah dan negeri di mana anda tinggal.
sekian, terima kasih.
By Iskandar zulkarnain, December 10, 2009 @ 6:14 am
Assalamualaikum,
Saya ada mengenalpasti satu keluarga miskin yang hidup menumpang di pinggir hutan di kampung saya (Jerantut).Menurut ibu bapa saya, keluarga tersebut yang mempunyai bilangan anak yang ramai hanya ditanggung oleh seorang ibu tunggal yang sungguh daif hidupnya.
Bolehkah saya mendapatkan nombor staf tuan yang ada di Jerantut Pahang atau cara bagaimana untuk membantu mereka.
By Mohd Noor, December 22, 2009 @ 6:59 am
Iskandar zulkarnain (kolonelduke@yahoo.com) : Kami amat terharu dan menghargai keperihatinan tuan untuk membantu keluarga tersebut. Kami mencadangkan tuan untuk menghubungi Urusetia SUBUR di daerah Jerantut iaitu Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (P(PPK) Tembeling yang beralamat di Jalan Kuala Tahan, Kg Padang, Kuala Tahan, Peti Surat 64, 27000 Jerantut PAHANG. Tuan boleh menghubungi pejabat tersebut melalui talian 09-2601871 atau faks 09-2601872. Ketua Pejabat tersebut ialah En Mohammad Nor b Abu Seman dan beliau boleh dihubungi melalui H/P 019-9621963. Jika tuan berkelapangan tuan boleh melayarai laman web Kementerian iaitu http://www.moa.gov.my dan dapatkan Borang SUBUR. Tuan boleh membantu dengan melengkapkan maklumat bagi keluarga tersebut. Satu cara lain yang tuan boleh bantu ialah dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jerantut yang saya percaya boleh memembantu. Juga tuian boleh memberikan maklumat keluarga ini kepada Ketua Kampong tersebut atau Pengerusi JKKK.
By ramli, December 22, 2009 @ 10:02 am
berapa lamakah proses diambil untuk kelulusan..atau tidak layak .Ini memgelakkan kan pemohon tertunggu tunggu . terima kasih atas respon saya ini.
By Pn Rina, January 15, 2010 @ 6:17 am
Salam,
Saya ingin membuatkan kepastian jika setiap agensi atau pejabat kerajaan yg terlibat telah dimaklumkan tentang Program Subsidi Beras untuk Rakyat(SUBUR).
Ini kerana, ayah saya telah mengisi borang permohonan dan ingin menyerahkan borang tersebut kepada Pejabat Daerah (Balik Pulau) Pulau Pinang. Mereka menyatakan mereka tidak mengeluarkan borang berkenaan dan tidak tahu berkenaan program ini. Sudah tentu sekali mereka enggan menerima borang permohonan itu.
Oleh itu, saya berharap encik dapat menerangkan di mana tempat lain yang sesuai utk submit borang tersebut.
Sekian.
By Mohd Noor, January 25, 2010 @ 12:47 am
lania_kolia@yahoo.com.my : Borang yang telah di isi boleh dihantar terus ke mana-mana jabatan/agensi di bawah kementerian pertanian dan industri asas tani. selain daripada itu juga, encik juga boleh menghantar terus ke pejabat urusetia MPPP di kawasan anda
By Mohd Noor, January 25, 2010 @ 1:08 am
yramli@ktmb.com.my : proses ini bergantung kepada pejabat urusetia di kawasan masing-masing. encik dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pejabat urusetia MPPP di kawasan encik.
By mat john, March 29, 2010 @ 8:20 am
ayah sy da isi semua brng berkaitan subsidi beras..
namun hngga hari ini msih blom menunjukkan hasil…
ble pemberian subsidi ini mula dijalankan…
By Christian Louboutin, June 2, 2010 @ 12:24 pm
Thanks for best news!
By Christian Louboutin, June 9, 2010 @ 5:18 pm
nice share, good
article, very usefull for me…thank you
By Registry Cleaner Reviews, June 16, 2010 @ 2:19 pm
Thanks for best news!
By NORANI BT ABU BAKAR, June 24, 2010 @ 4:34 am
Assalamualaikum. baru-baru ni saya ada minta bantuan ekasih untuk suami saya yang sedang sakit, kini dia terlantar. tiada jawapan samada berjaya ataupun tidak. Nama penuh suami saya
MOHD KHALID BIN BAKAR – NO.I/C :660601-11-5449
H/P : 017-9356397
By how to invest in gold, June 24, 2010 @ 6:31 am
Great article, thank you very much!
By Mohd Noor, July 20, 2010 @ 4:44 am
Puan Norani Bt Abu Bakar : Puan boleh melayari laman web ekasih di http://www.ekasih.gov.my atau melalui call center ekasih ditalian 03 – 888 1717.
terima kasih
By muhamad, July 20, 2010 @ 1:45 pm
bantuan baja, kepada petani padi di kg sungai melayu tawau sabah di nikmati kepada orang luar karena ketua pemohon bantuan baja melalui jab pertanian/pertubuhan peladang di jual RM10.00 ke indonesi,setiap musim beribu karung enta keman sedangkan kami petani tak dapat apa-apa.pegawai pertanian tawau,buta,bisu walaupaun dia tahu tak mahu ambil tindakan sudah hampir puluh tahun