Pengeluaran Kekal Makanan Mampu Kurangkan Penggantungan Makanan Import
Kerajaan bercadang membina lebih banyak Taman Pengeluaran Kekal Makanan (TPKM) di seluruh negara bagi mengurangkan pergantungan pada makanan import, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr Baharom Jani.
Beliau berkata bagi tempoh sehingga 2008, negara mengimport makanan bernilai RM6 bilion setahun.
“Kadar itu akan dapat dikurangkan jika kerajaan berjaya mewujudkan lebih banyak TPKM di seluruh negara yang kini berjumlah 54 buah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahanman (MoU) antara peserta projek tanaman cili kulai di Kampung Perol dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dekat sini, hari Isnin.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Ab Llah (ulang: Ab Llah) Ismail dan Pengarah FAMA Negeri, Mamat Yunus.
Projek di kawasan tanah terbiar seluas 9.2 hektar itu melibatkan 13 peserta dijangka mampu memberi pulangan hasil RM8,000 bagi setiap 0.4 hektar.
– BERNAMA