MAJLIS PELANCARANAN BOT TRANSFORMASI NELAYAN TRADISI DAN PEMBAYARAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN OLEH YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

KOTA KINABALU, Isnin, 31 Mei 2010 – YB Dato’ Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani melancarkan Perasmian Bot Transformasi Nelayan dan Pembayaran Elaun Sara Hidup Nelayan pada jam 10.00 pagi di Mini Kompleks Pemasaran Ikan Persatuan Nelayan Kawasan Papar Kampung Laut, Papar, Sabah.

Program Bot Transformasi Nelayan merupakan program penghijrahan nelayan  kecil- kecilan/  tradisional kepada nelayan moden dan komersial ataupun  penghijrahan nelayan miskin yang hanya mengharapkan bantuan  kerajaan secara berterusan kepada nelayan yang berdikari dan berdaya maju.

Objektif program ini adalah untuk menjadikan sektor perikanan  pantai, satu sektor ekonomi yang produktif, berdaya saing, menarik dan menguntungkan melalui pengurusan yang lestari. Bagi mencapai objektif tersebut, beberapa kaedah pelaksanaan diperkenalkan. Antaranya, mengurangkan bilangan vesel  yang tidak produktif, menggantikan vesel kayu yang dilupuskan dan diganti dengan vesel FRP, memperkayakan sumber perikanan di dalam perairan 12 batu nautika, mengamalkan ‘target fishing’ di Ladang Ikan Di Laut dan memberi bantuan pinjaman modal melalui Dana Nelayan kepada pemilik vessel yang berminat untuk bergabung bagi mengusahakan satu vesel.

Sasaran pelaksanaan Program Transformasi Nelayan (PTN) ini meliputi 2 kumpulan :-

i). Vesel tanpa jentera dan berjentera sangkut. Sasaran berkenaan meliputi vesel tanpa berjentera atau yang berenjin sangkut < 15 kuasa kuda dan bersaiz kurang 17 kaki.

ii).Vesel berjentera dalam. Ianya meliputi vesel berlesen yang  bersaiz kurang 20 GRT atau  enjin kurang dari 100 kuasa kuda tetapi telah uzur yang kurang produktif.

Vesel berkenaan hendaklah mempunyai lesen. 3-5 bot ganti dengan 1 bot FRP lebih 13 meter dan enjin lebih 110 kk (enjin dalam) tetapi tidak melebihi 300 kk.

Gabungan 3-5 orang secara penubuhan syarikat di mana hakmilik secara bersama. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) boleh menjadi sebahagian dari gabungan ini. Pengurusan operasi dan pemasaran oleh syarikat /PN. Kawalan operasi Zon A (0-12 nm) di kawasan LIDL dengan menggunakan pelbagai perkakas berteknologi moden serta operasi sepanjang tahun.

Kos 1 buah vesel baru lengkap dianggarkan sebanyak RM 350,00.

Sasaran Program Transformasi Nelayan di bawah RMK 9 mengikut Negeri adalah seperti berikut :-

Negeri Sasaran

(2008 – 2010)

Telah lulus Dana Dalam Tindakan SPI Sasaran Tambahan
1.   Perlis 4 1 - 3
2.   Kedah 10 2 1 7
3.   P.Pinang 10 2 - 8
4.   Perak 8 - - 8
5.   Selangor 8 2 - 6
6.   Melaka / Negeri 9 4 2 - 2
7.   Johor 12 3 1 8
8.   Pahang 2 - - 2
9.   T’rngganu 2 - - 2
10.  Kelantan 1 - - 1
11.  Sabah 30 21 - 9
12.  Sarawak 8 - - 8
13.  Labuan 1 - - 1

Jumlah (Kumpulan)

100 33 2 65

Sebanyak  tujuh kumpulan telah beroperasi sepenuhnya ke laut melibatkan nelayan seperti berikut:

Kedah                    - 2 kumpulan ( 6 nelayan )

Pulau Pinang       - 1 kumpulan ( 3 nelayan )

Melaka                  - 2 kumpulan ( 6 nelayan )

Johor                      - 2 kumpulan ( 6 nelayan )

Terdapat sebanyak 33 buah kumpulan yang telah diluluskan dan akan beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan melibatkan peruntukan DANA Nelayan sebanyak RM3.718 juta. Bilangan nelayan ialah seramai 94 orang nelayan.

YB Menteri turut menyampaikan pembayaran elaun sara hidup nelayan dan simbolik penyerahan dilaksanakan dalam majlis yang sama. Seramai 570 orang penerima berupa wang tunai sebanyak RM200.00 seorang. Penyerahan elaun sara hidup secara tunai ini telah bermula pada bulan September 2009.

Objektif utama skim bayaran bulanan sara hidup nelayan adalah antara usaha-usaha kerajaan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan harga bahan bakar secara global di samping sebagai insentif kepada sektor industri perikanan supaya kekal berdaya maju.

*** Untuk maklumat lebih lanjut layari website: www.lkim.gov.my

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

@2009 Hak Cipta Terpelihara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia