Tuduhan Pembangkang Dalam Isu Mogok Nelayan Keterlaluan, Kata Rohani

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim menyangkal tuduhan pembangkang bahawa kerajaan bersikap zalim dan menganiaya nelayan di negara ini dengan membiarkan hidup mereka melarat tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

Rohani berkata usul tergempar yang dikemukakan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) mengenai isu mogok oleh nelayan dan tuduhan bahawa kerajaan bersikap zalim adalah keterlaluan tanpa mengambil kira fakta sebenar.
Selanjutnya »

Kerajaan Sasar Keluar 507,000 Metrik Tan Ikan Pada 2010

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mensasarkan peningkatan jumlah pengeluaran tahunan ikan negara kepada 507,000 tan metrik menjelang 2010 berbanding 270,000 tan metrik pada masa ini.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata bagi tujuan itu, kerajaan perlu melipatgandakan kadar pertumbuhan pengeluaran tahunan akuakultur negara sekurang-kurangnya sebanyak 25 peratus bagi tempoh dua tahun ini bagi mengimbangi sumber ikan marin yang semakin berkurangan.
Selanjutnya »

Siswazah Wanita Ceburi Ternakan Itik

Antara bekerja di bilik berhawa dingin dan berpanas terik di bawah matahari, seorang siswazah menolak keselesaan di pejabat dengan menceburi bidang ternakan itik.

Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara.

Selanjutnya »

Nelayan Alu-alukan Penurunan Harga Diesel Bersubsidi, Mahu Harga Dikurangkan Lagi

Pengusaha bot perikanan dan golongan nelayan mengalu-alukan penurunan harga diesel bersubsidi daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter.Bagaimanapun, mereka merasakan penurunan harga itu tidak menyelesaikan kerugian yang ditanggung.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menurunkan harga itu yang akan berkuat kuasa pada 16 Dis, mereka mahu harga bahan api yang lebih rendah bagi memastikan kelangsungan perniagaan.
Selanjutnya »

Ternakan Ikan, Ketam Dan Udang Kara Dalam Kepungan Bawa Pulangan Lumayan

Ketika menjadi nelayan tradisional kira-kira 30 tahun lalu, pendapatan Jaihanu Intik cuma sekitar RM800 sebulan.Kini, selepas menjadi penternak ikan dan udang kara dalam kepungan, pendapatan Jaihanu, 55, dari Kampung Trusan Tengah 2, kini meningkat berlipat kali ganda.

Seorang lagi penternak akuakultur, Mohd Saldikun Ali Lampong, 40, yang mengusahakan penternakan ketam suri dalam kepungan, kini mampu mengeluarkan sehingga 200kg isi ketam seminggu dengan nilai jualan sehingga RM15,000 sebulan.
Selanjutnya »

Mutiara Arif Sasar UAE Pasarkan Produk Ikan Keli

Mutiara Arif Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur menetapkan sasaran untuk memasarkan produk berasaskan ikan kelinya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan negara-negara lain di rantau ini.

Pengarah pemasaran antarabangsanya, Farid Ibrahim, berkata rantaian pasar raya di negara-negara Teluk ini unggul untuk diterokai, memandangkan ramainya penduduk dan pekerja asing.
Selanjutnya »

Kerajaan Sabah Perhebat Program Bumi Hijau

Kerajaan Sabah kini giat memperhebat program Bumi Hijau bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan untuk kegunaan keluarga.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Yahya Hussin berkata program itu menggalakkan pengunaan tanah kosong atau ruang kosong di kawasan persekitaran rumah yang biasanya ditanam dengan tanaman hiasan.
Selanjutnya »

Nelayan Sarawak Tolak Rancangan Mogok Anjuran DAP

Persatuan Nelayan Sarawak (Penesa) tidak akan menyertai cadangan mengadakan mogok oleh nelayan di seluruh negara yang dirancang oleh DAP minggu depan, kata pengerusinya Jamali Basri hari ini.

“Tidak, kami masih menyokong kerajaan negeri dan persekutuan. Kami percaya apa jua masalah yang berbangkit dalam industri ini boleh diselesaikan secara baik menerusi perbincangan,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai mogok yang dirancang oleh DAP pada 12 Dis ini.
Selanjutnya »

104 Nelayan, Penternak Ikan Dan Pengusaha Akuakultur Terima Insentif

Seramai 104 nelayan, penternak ikan dalam sangkar dan pengusaha akuakultur di sini menerima insentif Jabatan Perikanan Sabah lebih RM500,000 untuk meningkatkan hasil dan taraf hidup mereka.

Insentif berupa bantuan bot, enjin sangkut, pelantar pengeringan rumpai laut, benih rumpai laut serta peralatan perikanan lain seperti pukat disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin di sini hari ini.
Selanjutnya »

Projek Pertanian Moden Ayer Hitam Keluar Hasil RM26.1 Juta Sejak Januari

Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, dekat Kluang, mengeluarkan hasil berjumlah RM26.1 juta dari Januari hingga September tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Abdul Aziz Kaprawi berkata hasil itu terdiri sayur-sayuran sebanyak 45 tan sebulan, pisang (60 tan sebulan), ternakan dan daging segar (90 tan sebulan), susu segar (45,000 liter sebulan), buah-buahan (113 tan sebulan) dan ubi kayu (115 tan sebulan).
Selanjutnya »

@2009 Hak Cipta Terpelihara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia