Agro Bank Yakin Tepati Sasaran Pertumbuhan Pinjaman 30 Peratus Tahun Ini

Agro Bank yakin dapat mencapai pertumbuhan pinjaman sebanyak 30 peratus tahun ini daripada RM3.1 bilion pada 2007 meskipun dalam kelembapan ekonomi global, kata naib presiden eksekutif kanan dan ketua pegawai operasinya, Ahmad Said.
Selanjutnya »

Sabah Berpotensi Jadi Pengeluar Produk Akuakultur Terbesar Negara Menjelang 2010

Sabah berpotensi menjadi pengeluar produk akuakultur terbesar di negara ini menjelang tahun 2010, demikian menurut Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Yahya Hussin.

Katanya keyakinan berkenaan berdasarkan unjuran pengeluaran akuakultur negeri itu sebanyak 207,200 tan bernilai RM2.5 bilion yang ditetapkan Jabatan Perikanan Malaysia menjelang tempoh berkenaan.
Selanjutnya »

Semua Pengusaha Industri Akuakultur Di Sabah Akan Dilesenkan Secara Berperingkat

Semua pengusaha industri akuakultur di Sabah akan dilesenkan secara berperingkat bagi memastikan industri berkenaan lebih terurus dan dinamik seterusnya mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi Sabah.
Selanjutnya »

Isu Burung Walit Dibawa Ke Kabinet Dalam Masa Terdekat

Isu industri burung walit yang nilainya mencecah bilion ringgit akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed. Ini berikutan maklumbalas yang diterima kementerian, pihak yang terbabit dalam industri itu mahu kerajaan memberi perhatian terhadap beberapa isu berbangkit, katanya.
Selanjutnya »

Kapal Nelayan Moden Bantu Nelayan Di Rompin, Pekan

Dalam kalangan nelayan tradisional, tidak ramai yang memiliki bot modern berkuasa tinggi yang boleh membawa mereka jauh menangkap ikan di luar pesisir. Mereka akan memulakan rutin harian belayar ke laut menaiki bot kayu yang selalunya sudah goyah dan usang dimakan hari, dan hanya pulang tatkala senja dengan hasil tangkapan mereka . Jumlah tangkapan biasanya sedikit kerana jarak kawasan yang ditempuh tidak luas maka sukar bagi mereka untuk meraih pendapatan yang banyak.
Selanjutnya »

Gabungan Persatuan Perikanan, Kapal Nelayan Sabah Bantah Pengasah Ambil Alih Urusan Jualan Borong E-Diesel

Gabungan Persatuan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah membantah keputusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan cadangan supaya Persatuan Nelayan Sabah (Pengasah) mengambil alih urusan jualan borong e-diesel di negeri ini secara berperingkat bermula Januari depan.

Selanjutnya »

Kerajaan Umum Harga Baru Beras ST5, ST10 Minggu Depan

Kerajaan akan menurunkan harga beras super special tempatan (ST) lima peratus hancur dan ST sepuluh peratus hancur dan mewartakannya pada minggu depan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata beberapa syarikat telahpun mengeluarkan harga runcit secara sukarela yang lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM2.80 bagi ST5 dan RM2.70 bagi ST10 sekilogram bermula 1 Jun lepas.

Selanjutnya »

Kelantan Kurang 500,000 Biji Kelapa Sebulan

Kelantan mengalami kekurangan 500,000 biji kelapa setiap bulan kerana kebanyakannya dijual di negeri-negeri lain pada harga yang lebih tinggi.

Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan, Fauzi Mohamed berkata pemborong-pemborong dari Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan Terengganu menawarkan harga 80 sen sebiji berbanding 30 sen yang ditawarkan oleh pemborong tempatan. Selanjutnya »

Program Khas Bantu Pekebun Kecil

Satu program khas perlu diwujudkan bagi membantu pekebun kecil getah dan kelapa sawit yang berdepan dengan penurunan pendapatan berikutan kejatuhan harga komoditi itu di pasaran dunia.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata kejatuhan harga komoditi itu di pasaran dunia termasuk getah dan minyak kelapa sawit menyebabkan pekebun-pekebun kecil berdepan dengan masalah untuk menampung kehidupan seharian mereka. Selanjutnya »

Sektor Pertanian Disusun Semula Untuk Setanding Dengan Negara-Negara Pengeluar Hasil Pertanian Dunia

Kerajaan sedang menyusun semula sektor pertanian negara bagi membolehkan ia terus berkembang dan mampu setanding dengan negara-negara pengeluar hasil pertanian dunia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata kerajaan sedar dan mengakui masih banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan sektor itu dan menjadi antara negara pengeluar hasil pertanian utama dunia. Selanjutnya »

@2009 Hak Cipta Terpelihara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia