Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata lebih banyak bank biji benih perlu diwujudkan bagi kegunaan industri penanaman bunga, sayur dan buah-buahan di negara ini.
Beliau berkata ini kerana permintaan biji benih bagi tanaman itu akan terus meningkat pada masa depan lebih-lebih lagi dengan pewujudan projek pembangunan wilayah dan program bumi hijau.
Setakat ini, bank biji benih yang dilaksanakan oleh Sime Darby telah siap dan diharap dapat membekalkan benih bagi projek pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara, katanya.
Selanjutnya »
Petani, penternak dan peladang perlu beralih kepada konsep pertanian baru yang lebih komersil dan menguntungkan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed.
Beliau berkata konsep itu yang menggunakan teknologi tinggi serta memerlukan usahawan yang lebih berilmu dan berkemahiran tinggi amat sesuai digunakan pada masa kini.
Selanjutnya »
Bekalan baja tambahan bagi tanaman padi sebanyak 150 kilogram bernilai RM400 akan diedarkan kepada setiap petani di seluruh negara dalam tempoh sebulan lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini.
Mustapa berkata proses penghantaran mengambil masa agak lama kerana kebanyakan bahan untuk menghasilkan baja perlu ditempah dari luar negara Selanjutnya »