Pelan Tindakan Khas Untuk Pertanian Di Cameron Highlands Dan Lojing – Mustapa

Satu pelan tindakan khusus untuk pertanian tanah tinggi di Cameron Highlands di Pahang dan Lojing di Kelantan akan dibuat bagi memodenkan sektor pertanian itu dan meningkatkan produktiviti pengeluaran sayuran.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata pelan tindakan itu adalah perancangan masa depan yang lebih mantap bagi membangunkan pertanian tanah tinggi yang lebih berkonsepkan menjaga kehijauan alam sekitar dan kaedah pertanian moden.

“Menyedari kepentingan tanah tinggi terutama Cameron Highlands yang menyumbang lebih separuh daripada jumlah pengeluaran sayur di Malaysia, kita rasakan perlu diwujudkan blueprint untuk memperbaiki dan mempertingkatkan amalan pertanian di kawasan tanah tinggi itu termasuk di Lojing,” katanya.

Selanjutnya »

Kerajaan Kedah Tidak Benarkan Penerokaan Tanah Untuk Hasilkan Biofuel

Kerajaan Kedah tidak akan melayan sebarang permintaan untuk meneroka tanah pertanian bagi menghasilkan biofuel dan menganggap saranan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta masyarakat dunia menghentikan penerokaan tanah untuk tujuan itu adalah tepat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kerja Raya dan Pertanian Negeri, Ir Phahrolrazi Zawawi berkata dasar kerajaan Kedah ialah memperluaskan kawasan pertanian bagi menghasilkan lebih banyak makanan untuk rakyat.
Selanjutnya »

@2009 Hak Cipta Terpelihara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia