'Kerajaan Mungkin Benarkan Import Ayam Diproses, Kata Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Kerajaan sedang memantau harga ayam proses di pasaran sebelum membuat keputusan membenarkan pengimportan jika harganya terus melambung naik, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed, Selasa.
“Kalau keadaan mendesak lagi, kita mungkin boleh benarkan import ayam yang sudah diproses. Kita sedang pantau perkara ini, dan kita bagi tempoh sebulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Usahawan Industri Asas Tani, di sini.
Selanjutnya »