Daripada Ustaz Ke Pengusaha Kambing Daging Berjaya
 Hanya dengan tiupan wisel, kambing-kambing berkejaran masuk ke kandang masing-masing.
Begitulah gambaran keunikan kambing ternakan yang terdapat di ladang ternakan kambing ‘Sunnah Ternak’ di Kampung Rong Chenok, di sini.
Pengerusi yang juga pemilik ladang berkenaan, Zulkifli Yaacob, 44, kini boleh tersenyum bangga, walaupun dikatakan masih setahun jagung menjadi usahawan kambing tetapi beliau mampu mencetuskan kelainan kepada kambing-kambing ternakannya yang pelbagai spesies itu.
“Kambing juga boleh diajar. Sejak awal dilatih mengikut arahan menggunakan tiupan wisel dan sekarang mereka sudah betul-betul faham apa yang perlu dilakukan apabila mendengar tiupan wisel,” katanya kepada Bernama di sini.
Selanjutnya »