RM6 Bilion Lagi Diperlukan Untuk Tingkatkan Pengeluaran Beras Negara

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memerlukan sekurang-kurangnya RM6 bilion sebagai peruntukan tambahan bagi menjamin peningkatan pengeluaran beras untuk keperluan tempatan.

Menterinya Datuk Mustapa Mohamed berkata peruntukan itu bagi membolehkan kementerian itu membaiki sistem pengairan, meningkatkan infrastruktur pertanian dan membangunkan kawasan penanaman padi yang baru seperti di Pahang, Sabah dan Sarawak.

“Kabinet telahpun mengarahkan kementerian mengemukakan cadangan bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran beras negara dan kita mencadangkan peruntukan tambahan sebanyak RM6 bilion ini,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Selanjutnya »

Petani Merungut Kos Selenggara Sawah Semakin Tinggi

Harga bahan-bahan untuk pertanian seperti baja dan racun yang didakwa naik secara mendadak kini semakin meresahkan golongan petani di Kedah, negeri jelapang padi negara.

Kos tambahan itu termasuk kos membajak sawah dan penyelenggaraan lain yang turut meningkat itu terpaksa ditanggung petani, menyebabkan mereka tertekan kerana hasil yang peroleh tidak setimpal dengan kos yang terpaksa ditanggung.

“Hasil yang merosot akibat serangan penyakit dan serangga terutama tikus dan siput gondang, memberikan pulangan yang tidak setimpal dengan usaha kami,” kata seorang petani Mohd Fauzi Shafie.

Selanjutnya »

PROGRAM BICARA TANI

* Program Bicara Tani 2008 ini adalah satu program bengkel bergerak di mana ianya melibatkan sesi interaksi dua hala secara bersemuka antara pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berserta jabatan dan agensi di bawahnya dengan golongan sasar di seluruh negeri.

* Sektor pertanian yang telah terpilih menjadi antara teras penting dalam pentadbiran Perdana Menteri telah memberikan nafas baru kepada Kementerian ini untuk membantu mengubah persepsi masyarakat terhadap sektor pertanian yang sering dianggap mundur kepada satu sektor yang berdaya maju dan mempunyai nilai komersil seperti yang selalu dikatakan, “Pertanian adalah Perniagaan”.

* Namun begitu, Kementerian ini sedar usaha-usaha untuk memajukan sektor ini menghadapi pelbagai cabaran seperti tenaga kerja yang semakin tua, kurangnya minat golongan muda menceburkan diri dalam sektor ini, anggapan bahawa sektor ini tidak membawa keuntungan berbanding dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan, kekangan dalam mendapatkan tanah serta persaingan yang semakin sengit di peringkat perdagangan antarabangsa.

* Untuk itu, langkah-langkah bagi merangsang sektor pertanian telah diambil dengan menjadikan sektor ini sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi negara. Antara usaha-usaha yang sedang dilaksanakan oleh pihak Kementerian adalah meningkatkan daya saing pengeluaran makanan, mengurangkan defisit imbangan dagangan untuk makanan, meningkatkan pelaburan pihak swasta melalui penyediaan insentif dan pembiayaan pinjaman, membangunkan sumber manusia mahir, menggalakkan penyertaan golongan muda dalam sektor ini, bekerjasama dengan Kerajaan Negeri terutamanya dalam isu tanah, dan memperkemaskan sistem penyampaian melalui penyusunan semula Kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya. Tumpuan juga telah diberi kepada industri asas tani yang boleh dimajukan oleh pengusaha industri kecil dan sederhana.

Selanjutnya »

Bernas Jamin Beras Cukup, Kata Mustapa

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah memberi jaminan bahawa bekalan beras akan sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan rakyat negara ini.
Selanjutnya »

Bank Pertanian Akan Lancar Produk Dan Perkhidmatan Baru Untuk ECER

Bank Pertanian Malaysia (BPM) merancang untuk melancarkan beberapa produk dan perkhidmatan baru untuk komuniti pertanian terutamanya yang terlibat dalam projek di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), pada Jun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha untuk memberi pendedahan kepada masyarakat perladangan.
Selanjutnya »

Tabung Ala KWSP Untuk Nelayan Dicadang

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang mewujudkan skim Tabung Masa Tua Nelayan bagi membolehkan nelayan membuat caruman seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ahmad berkata skim itu bertujuan menjaga kepentingan kira-kira 80,000 nelayan seluruh negara apabila mereka tidak lagi mampu meneruskan kegiatan itu kerana telah berusia.

Selanjutnya »

Hidup mewah ternak cacing

SHAH ALAM – Jika sebelum ini kegiatan penternakan lintah dijalankan secara besar-besaran, kini peluang mula terbuka luas untuk aktiviti pembiakan cacing tanah pula.

Walaupun cacing menyebabkan ramai berasa geli, penternaknya pula boleh meraih pendapatan bulanan mencecah lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik.

Selanjutnya »

@2009 Hak Cipta Terpelihara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia